GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berharap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada parti itu yang tidak tercalon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos ini akan menerima keputusan tersebut dan memberi laluan kepada muka baharu.
Beliau berkata di Pulau Pinang, DAP telah mentadbir kerajaan negeri selama tiga penggal dan bakal memasuki penggal keempat, justeru terdapat keperluan untuk memperkenal muka baharu sebagai sebahagian daripada pelan peralihan parti untuk masa depan.
"Saya harap sebaik sahaja kami memuktamadkan senarai calon, semua pihak akan menerimanya termasuk penyandang yang tidak tercalon semula untuk bertanding. Memang ada penyandang kerusi DUN yang tidak akan dicalonkan semula.
"Ini bukan soal mahu menjatuhkan sesiapa sebaliknya kita berhasrat untuk membarisi senarai calon dengan muka baharu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam kutipan dana DAP Pulau Pinang di sini malam ini.
Turut hadir pemimpin veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Loke berkata DAP Pulau Pinang dijangka mengemukakan senarai calon parti itu dalam tempoh beberapa hari lagi yang akan dibahas dan diputuskan oleh satu jawatankuasa yang dianggotai lima orang termasuk beliau.
DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dan sebelum pembubarannya bulan lepas, DAP menguasai 19 dengan memenangi setiap kerusi yang ditandingi di antara tahun 2013 dan 2018.
Ditanya mengenai rancangan mereka untuk meraih undi orang Melayu, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan tumpuan kepada perkara itu dengan mengadakan lawatan kerja ke Kedah dan Pulau Pinang baru-baru ini.
"Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, beliau akan terus meluangkan lebih banyak masa untuk mendekati komuniti orang Melayu. Banyak jaminan yang perlu diberikan iaitu mereka tidak akan rugi apa-apa hanya kerana DAP berada dalam gabungan politik ini.
"Hasrat dan semangat Kerajaan Perpaduan adalah mentadbir negara ini secara stabil serta aman agar Malaysia dapat dibangunkan dan rakyat hidup sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook (tiga, kiri) menghadiri majlis Makan Malam DAP negeri Pulau Pinang pada Ahad. - Foto BERNAMA
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Arm rancang hadir dengan cip AI menjelang 2025
Untuk sasaran awal, Arm ingin hadir dengan prototaip awal cip AI menjelang awal 2025, dan seterusnya memfokuskan penghasilan cip berkenaan melalui para pengeluar pada tahun sama.
Pang mula tugas wakil rakyat dengan santuni masyarakat KKB
Pang Sock Tao hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat baharu DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) dengan bertemu masyarakat di Pasar Rasa.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Antara 11 mangsa yang maut ialah seorang penunggang motosikal, seorang guru dan sembilan pelajar.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan percepat infrastruktur di Kapit - Nanta
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama rapat bagi mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur di kawasan Kapit.
Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.
Malaysia berpotensi meningkatkan eksport makanan ke Jepun - Naib Menteri Jepun
Malaysia berpotensi untuk meningkatkan lagi eksport makanan ke Jepun khususnya, produk makanan halal.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
PRN: Penyandang tak tercalon semula diminta terima keputusan DAP, beri laluan kepada muka baharu
Loke berkata, terdapat keperluan untuk memperkenal muka baharu sebagai sebahagian daripada pelan peralihan parti untuk masa depan.